Cari:
Ingin Kutelusuri Dari Hujung Ke Hujung
2015-06-16 11:55:39 CRI Cetak

(Oleh Farah)

Di Jiayuguan, bandar yang membangun pesat berikutan kejayaan industri keluli dan besinya, terdapat sebelas destinasi pelancongan terkenal, dan pada waktu siang hari ini, rombongan Kembara Laluan Sutera dibawa melawat ke beberapa buah destinasi tersebut.

Jiayuguan yang kaya dengan sumber pelancongan memiliki sebelas destinasi yang mesti dikunjungi

Pasir, batu, banjaran dan gunung salji, semua ini sudah aku jangka dapat dilihat di Jiayuguan kerana itulah kata-kata yang sering aku dengar digunakan untuk menggambarkan kawasan ini. Semalam, semasa melihat menara tinjau berbentuk dolfin di sebuah taman yang hijau, aku sangka itu sudah cukup luar biasa. Jadi apabila kami dibawa melawat ke Taman Burung Merak hari ini, memanglah aku berasa hairan dan teruja sekali kerana sudah beberapa tahun lamanya sejak kali terakhir aku melihat burung merak di Taman Burung Kuala Lumpur. Rasanya ajaib pula aku dapat melihat burung yang cantik ini di Jiayuguan.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China