Cari:
Ingin Kutelusuri Dari Hujung Ke Hujung
2015-06-16 11:55:39 CRI Cetak

Wartawan Kembara Laluan Sutera bergambar beramai-ramai di Kubu Jiayuguan

Mengapa sebelum sampai ke sini lagi aku sudah obsesi tentang kubu pertahanan ini? Kalau ingin tahu, kita perlu imbas semula ke musim panas setahun yang lalu, apabila aku mengembara ke hujung timur "naga" ini di Shanhaiguan, provinsi Hebei, tempat tembok bertemu laut. Pada waktu itu, satu sahaja fikiran yang terlintas di dalam kepalaku, iaitu ingin tahu bagaimana rupanya hujung barat tembok ini.

Foto: Farah dan Melur terlalu gembira dapat melawat ke hujung barat Tembok Besar

Selepas setahun, dan setelah merentas bumi China sejauh hampir 2,000 kilometer, aku kini selangkah lebih dekat untuk menyambung tembok ini dari hujung ke hujung, seperti melukis peta di dalam kepala. Sekarang, aku pasang pula niat untuk melihat tempat-tempat lain di sepanjang tembok yang menghubungkan dua kubu yang sudah aku saksikan kemegahannya dengan mataku sendiri.

Di depan menara Kubu Jiayuguan yang dipanggil kubu "Pertama dan Paling Hebat di Dunia"

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China