Selesai sahaja upacara perasmian, kami naik bas ke destinasi pertama untuk hari ini, Kuil Shangqing. Sebelum sampai ke kuil, kami diturunkan dia sebuah pekan Kuil ajaran Tao ini yang paling besar di Gunung Longhu. Kawasannya luas dan halamannya penuh dengan macam-macam jenis pokok. Pokok-pokok ini nampaknya subur dan dijaga dengan baik. Ini benar-benar melambangkan kepercayaan penganut Tao, manusia dan alam semulajadi mesti hidup bersama-sama dalam harmoni.
Setelah duduk di bawah pokok-pokok tua dalam halaman kuil Shangqing, saya fahamlah mengapa kuil ini dibina di Gunung Longhu. Tujuan kebanyakan agama di dunia adalah untuk penganutnya mencari kedamaian dalam jiwa, sebab itulah banyak tempat ibadat dibina di tempat yang sunyi dan jauh dari gangguan dunia manusia. Di tempat yang begini tenteram memang tak susah nak dapat cari kedamaian yang dimaksudkan.
Banyak pokok di halaman kuil Shangqing