Cari:
Farah: Perjalanan di Jiangxi (21 April 2011)
2011-04-21 17:42:20 CRI Cetak

Selesai makan dan persembahan, wartawan tempatan minta untuk mewawancara saya. Beliau tanya apa perasaan saya melihat gunung Longhu, dan bagaimana saya mahu promosikan Gunung Longhu ini untuk menarik lebih ramai orang datang. Saya kurang pasti apa yang saya jawab padanya, tapi dia nampak berpuas hati dengan jawapan saya.

Dari situ, rakit terus membawa kami ke hulu sungai. Di sana katanya ada keranda tergantung. Keranda tergantung, bunyinya agak seram ya?


Keranda tergantung di Gunung Longhu

Orang yang tinggal di kawasan Gunung Longhu pada zaman purba menunjukkan rasa hormat mereka pada orang mati dengan meletakkan keranda mereka di tempat yang tinggi. Perkataan 'tergantung' sebenarnya kurang sesuai digunakan untuk menggambarkan keadaan di situ, sebab sebenarnya keranda-keranda tersebut bukanlah digantung, tetapi dimasukkan ke dalam lubang-lubang pada dinding gunung.

Dari jauh kami dapat lihat ada dua buah keranda diletakkan bersama-sama dalam satu lubang, kata pemandu kami, itu pasangan suami isteri. Wah, cukup romantik ya? Ada juga sebuah keluarga yang semua keranda ahlinya diletakkan bersama-sama. Ada 18 buah kesemuanya.

Sampai sekarang masih tidak diketahui lagi bagaimana orang zaman purba mengangkat keranda-keranda tersebut. Lubang-lubang ini beratus-ratus meter tingginya dari bawah, dinding gunung terlalu tegak untuk didaki dan di kaki gunung pula ada sungai. Bagaimana ya?

Saya diberitahu, kerajaan tempatan menawarkan 400 ribu yuan sebagai ganjaran kepada sesiapa yang dapat selesaikan misteri ini. Entah betul ataupun tidak, tapi saya rasa nak mencuba nasib juga. Saya rasa mereka bina tangga dengan menggunakan buluh, panjat ke atas dan bina keranda itu terus di dalam lubang. Kemudian barulah mayat si mati dimasukkan ke dalam keranda. Dengan cara ini, tak perlu angkat keranda yang begitu berat. 

Tapi itu cuma idea sayalah. Kalau melihat pertunjukkan yang diadakan, nampaknya orang zaman purba itu menggunakan tali untuk mengangkat keranda dari atas rakit terus ke dalam lubang yang tertentu. Ini mungkin juga.  

1 2 3 4 5 6
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China