Cari:
Farah: Perjalanan di Jiangxi (23 April 2011)
2011-04-24 09:17:23 CRI Cetak

Wah, letih betul saya semalam. Tidur lena yang tak jaga-jaga. Sedar-sedar hari sudah cerah. Pagi ini kaki rasa lenguh sikit, tapi tak hairanlah, semalam kan separuh hari mendaki gunung?

Lepas sarapan kami terus ke kampung Likeng untuk lihat ladang bunga sesawi. Bunga sesawi ini kecil-kecil dan berwarna kuning. Pokoknya tinggi, ada yang sampai ke paras dada orang dewasa. Pokok sesawi ditanam untuk minyaknya. Biji bunga sesawi juga boleh dijadikan rempah.


Bunga sesawi

Kami diberitahu yang kedatangan kami ke Wuyuan sebenarnya sudah agak lewat. Bunga sesawi mula berkembang pada bulan Mac, sekarang ini sudah penghujung bulan April, tentulah bunga dah layu dan gugur.


Ladang bunga sesawi. Bunganya tak banyak yang tinggal

Memang betulpun. Ladang bunga sesawi di Likeng itu hijau sahaja. Bunga-bunga kuning bukanlah tak ada langsung, tapi cuma ada sedikit sahaja di sini di sana. Tak dapatlah lihat pemandangan yang macam dalam gambar-gambar promosi Wuyuan itu.


Petani dan kerbau sedang bekerja keras membajak tanah 

1 2 3 4 5
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China