Kampung Likeng dibina di tebing sebatang sungai. Sungai itu kecil dan cetek sahaja, tapi itulah sumber nyawa penduduk kampung Likeng. Mereka hidup bergantung pada sungai.
Ramai betul pelancong di kampung Likeng
Banyak sampan di Kampung Likeng
Waktu merayau-rayau di dalam kampung, saya terlihat beberapa orang wanita yang membasuh pakaian di tepi sungai. Ada juga yang sedang membasuh sayur. Sampan memang banyak di sini sebab di sini, sungailah laluan pengangkutan yang paling mudah. Ada yang menternak ikan di dalam sungai. Dan dah tentulah air sungai juga yang digunakan untuk menyiram tanam-tanaman.
Seorang wanita membasuh kain di sungai
Sungai memang banyak jasanya.