Cari:
Farah: Perjalanan di Jiangxi (24 April 2011)
2011-04-25 09:18:14 CRI Cetak

Tempat penginapan kami terletak di celah-celah gunung. Ada banyak pokok. Patutlah waktu malam dan paginya sejuk.

Kata pemandu pelancong, di sebalik banjaran gunung di belakang tempat penginapan kami itu provinsi Anhui. Wah, dekat saja ya?


Menjelajah hutan simpan di Wanghu

Awal-awal pagi lagi kami dibawa ke Wanghu. Di situ ada kawasan hutan simpan yang ada laluan untuk pendaki. Bila diberitahu akan ada pendakian lagi, saya risau sikit. Kaki sebenarnya masih lenguh, kesan mendaki gunung Sanqing dua hari lalu.


Air terjun di hutan simpan Wanghu

Tapi menjelajah hutan simpan ini lebih seronoknya dari letih. Hutan tebal, ada air terjun, ada sungai yang banyak jeram. Pokok-pokok semuanya kurus-kurus dan tinggi-tinggi kerana sudah beratusan tahun berebut-rebutkan cahaya matahari. Cengkerik dan riang-riang menyanyi gembira seolah-olah menyambut kedatangan kami.


Anak kecil mengutip batu di tepi sungai

Provinsi Jiangxi ini memang banyak gunung, banyak air dan banyak pokok. 94% daripada keluasan provinsi Jiangxi ini masih lagi hijau. Banyak bersenam, udara yang nyaman, kalau kita tinggal di sini dah tentu lebih sihat.


Provinsi Jiangxi ini begitu hijau

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China