Cari:
Wuyuan Menggamit Nostalgia Indah di Perkampungan Silam
2011-05-22 16:08:23 CRI Cetak

Zabidi Ishar, pemenang bertuah dari Malaysia (4 dari kanan)

Jika anda di Jingdezhen, tidak lengkap rasanya jika tidak ke Wuyuan yang mengambil masa dua jam perjalanan dengan kenderaan kerana di sana ia bakal memberikan anda satu pengalaman istimewa.

Ini kerana di Wuyuan terdapat beberapa perkampungan cukup istimewa dan bila berada di sana anda seperti berada di satu perkampungan zaman silam yang cukup indah.

(Kehalusan seni reka rumah tradisional yang sangat mengagumkan)

Bayangkan deretan rumah berciri bina tradisional China di tepi sebatang anak sungai sudah cukup menggambarkan suasana indah itu apatah lagi jika anda berkesempatan berakit di sungai tersebut.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China