Cari:
Radzi: Menjejak Bandar Xi'an
2012-09-21 08:48:45 CRI Cetak

Destinasi kedua, Muzium Patung Tanah Liat Perwiradan Makam Maharaja Qinshihuang yang terletak kira-kira 37 kilometer dari bandarXi'an. Maharaja Qinshihuang yang memerintah pada zaman Dinasti Qin (221--206 SM) merupakan maharaja pertama bagi masyarakat feudal China dan berjaya menyatukan China.

Ketika melawat muzium tersebut, kami berasa amat kagum dengan keluasan ruang penyimpanan patung-patung tersebut kerana jumlah patung yang begitu banyak dan diatur dengan rapi, sekaligus menggambarkan kesenian dan hasil ukiran yang sangat hebat.

Satu pengalaman yang cukup berharga dan ketika berada di sini, kami dapat merasakan seperti benar-benar berada di zaman kegemilangan Maharaja Qin! Purata saiz patung perwira tersebut adalah setinggi 1.8 meter, dengan mimik mukanya yang berbeza-beza dan amat mirip dengan manusia sebenar. Patung-patung tersebut digelar sebagai keajaiban ke-8 di dunia!

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China