Dan yang terakhir kami ke Masjid Xi'an! Terletak berhampiran Menara Gendang (Gu Lou) di Lorong Huajue di Xi'an, provinsi Shaanxi, ia adalah salah satu masjid tertua dan terkenal di China. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya. Selepas menunaikan solat sunat tahiyatul masjid, kami sempat menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Jika di Malaysia masjid biasanya dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran yang dibuat dari batu mar-mar, di sini, ayat al-Quran dipahat pada kayu dan berada di dinding masjid. Di bahagian bawahnya pula adalah tafsiran dengan tulisan Cina. Pengalaman dapat merebahkan dahi dan menyembah Allah S.W.T di sini nyata menimbulkan rasa keinsafan pada diri kami. Allahuakhbar!
Esok kami akan ke Gunung Huashan yang merupakan antara lima gunung tercantik di China!
SelamatMalam! Wǎnshàng hǎo!