Cari:
Lawatan ke Perusahaan Seramik di Bandar Tangshan, Hebei
2013-07-09 15:54:59 CRI Cetak

Di cuti hujung minggu pada 30 Jun 2013, saya berkesempatan menghubungi seorang kawan usahawan berjaya dalam bidang seramik di Bandar Tangshan, Provinsi Hebei. Beliau adalah Sdr.Yunus yang merupakan seorang muslim Cina yang mengusahakan perusahaan warisan keluarganya, iaitu TANGSHAN JIADE CERAMICS CO. LTD., Hasrat saya untuk melawat perusahaannya disambut baik meskipun hari itu hari Ahad cuti umum. Beliau berasa amat gembira dan sangat mengalu-alukan hasrat tersebut. Katanya, saya merupakan orang Malaysia pertama yang akan melawat perusahaannya nanti. Justeru, , saya bersama seorang anak lelaki dan tiga orang pelajar Malaysia telah menaiki keretapi laju ke Bandar Hebei pada hari Ahad tersebut. Perjalanannya tidak memakan masa yang lama, iaitu lebih kurang sejam sahaja telahpun sampai ke bandar tersebut. Sesampainya di sana, telah sedia menunggu Sdr. Yunus dan seorang lagi temannya dengan dua buah kereta untuk menjemput kami bagi mengadakan lawatan singkat ke perusahaannya.

(Bangunan depan perusahaan Tangshan Jiade Ceramics Co. Ltd.,)

1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China