Cari:
Lawatan ke Perusahaan Seramik di Bandar Tangshan, Hebei
2013-07-09 15:54:59 CRI Cetak

Perusahaan seramik yang dijalankan itu terletak di satu kawasan perindustrian penting di Bandar Hebei. Syarikat beliau merupakan satu-satunya perusahaan yang dimiliki oleh orang Cina Muslim di bandar ini. Ianya telah diasaskan oleh datuk beliau yang bernama Li Shi Shen yang sememangnya pakar dalam bidang seramik ini. Perusahaan ini telah bermula kira-kira 25 tahun yang lalu dan kini telah menerobos ke pasaran antarabangsa terutama sekali negara-negara Asia Barat. Menurut Sdr. Yunus, pasaran bagi barangannya kini telah sampai ke Mesir, Iran, Turki dan juga Rusia. Sebelum ini, pasaran produk mereka telah juga menembusi negara-negara Eropah seperti Itali dan Peranchis. Namun buat masa ini, pasaran di Eropah agak perlahan sedikit dan syarikat ini mahu menumpukan perhatian di negara-negara Asia Barat.

(Penulis bersama Sdr. Yunus, Pengurus Tangshan Jiade Ceramics Co. Ltd.,)


1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China