Cari:
Lawatan ke Perusahaan Seramik di Bandar Tangshan, Hebei
2013-07-09 15:54:59 CRI Cetak

Menurut Sdr. Yunus, produk seramik yang dihasilkan ini merupakan campuran khas tulang-tulang lembu dan juga tanah serta pasir. Bahan-bahan ini diproses menggunakan mesin moden dan teknologi terkini bagi menghasilkan batu seramik yang berkualiti. Batu-batu tersebut diproses pada peringkat kedua bagi menghasilkan produk mengikut reka bentuk khas yang dikehendaki. Manakala, bahagian ukiran pada produk dihasilkan sendiri oleh pelukis dan pengukir (hand made) yang merupakan sebahagian daripada pekerja di syarikat ini.

Satu perkara menarik tentang syarikat ini ialah kerana penubuhannya adalah juga bagi hasrat keluarga ini untuk turut membantu kehidupan keluarga Islam yang lain. Ini kerana sebahagian daripada penduduk Islam di kawasan ini merupakan petani dan penternak lembu. Jadi, dengan menjual tulang-tulang lembu ke perusahaan ini dapat membantu meningkatkan pendapatan golongan petani tersebut. Malahan, ini juga menggalakkan lagi petani untuk menternak lebih banyak lembu yangmana dagingnya dipasarkan dan tulangnya pula dijual ke syarikat ini untuk diproses menjadi produk seramik. Syarikat ini juga sering menyumbang kepada badan-badan amal dan kebajikan Islam untuk pembangunan ummah. Mereka bukan sahaja menderma dalam bentuk wang ringgit malahan penajaan pendidikan kepada kanak-kanak miskin di kalangan orang-orang Islam serta berbagai bentuk sumbangan lainnya.

(Satu daripada produk Tangshan Jiade Ceramics Co. Ltd., )


1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China