Cari:
Catatan 31 Julai 2013: Etnik Kazak dan Puncak Gunung
2013-08-01 14:12:12 CRI Cetak

Perjalanan kami masih diteruskan sehingga di kaki gunung Dong Da Tang. Kami mahu menemui Etnik Kazak yang tinggal di puncak gunung. Kami tiba di kawasan tanah rata di lereng gunung. Sangka saya Etnik Kazak berada di kawasan ini, tetapi sangkaan saya meleset. Ini hanya di kaki gunung. Kami dikehendaki memanjat gunung kerana Etnik Kazak berada di atas puncak gunung.

Dalam hati mula bergolak kerana saya sudah lama tidak memanjat gunung. Saya memanjat gunung ketika saya berusia 18 tahun (ketika berada di tingkatan 6). Gunung yang saya daki ialah Gunung Cemerung yang terletak di Hulu Dungun, Terengganu, tanah kelahiran saya di Malaysia. Sudah lebih 10 tahun saya tidak memanjat gunung. Namun demikian, gunung yang bakal saya daki ini jauh lebih tinggi dari gunung yang pernah saya daki. Saya mula berasa resah dan bimbang jika saya tidak mampu mendakinya hingga ke puncak.

Hampir satu jam mendaki, akhirnya saya tiba juga di puncak. Oh, sungguh saya tidak menyangka yang saya sudah sampai di puncak gunung. Namun demikian, kaki saya seperti mahu tercabut. Nafas saya juga hampir habis. Tidak dapat saya menggambarkan rasa kepenatan mendaki gunung ini. Walaupun penat tetapi saya berasa sangat berbaloi apabila tiba di puncak. Suasana di puncak gunung ini sangat cantik dan menyegarkan. Saya mengucapkan tahniah kepada diri saya kerana berjaya mendaki gunung Dong Da Tang. Sebenarnya, gunung ini lebih mudah didaki kerana mempunyai anak tangga. Namun begitu, puncaknya menegak dan agar sukar juga untuk mendaki.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China