Ketika hampir tiba di puncak, Etnik Kazak yang mendiami puncak gunung ini menyambut kami dengan senyuman bersama-sama kuda milik mereka. Saya begitu teruja untuk menemui Etnik Kazak yang beragama Islam, yang juga menjadi sebahagian daripada rakyat negara China. Wajah mereka sangat berbeza dengan masyarakat China. Walaupun mata mereka sepet tetapi hidung mereka sangat mancung. Mereka juga tangkas menunggang kuda. Mereka menggayakan beberapa aksi berkuda tanda menyambut kedatangan kami sebagai pelancong.
Kami turun semula dari puncak setelah hampir satu jam kami di puncak. Kami berasa sangat gusar kerana curamnya sangat tinggi. Kami bekerjasama antara satu sama lain agar dapat turun dengan selamat. Kami menggunakan laluan kedua untuk turun ke kaki gunung. Laluan ini mempunyai air terjun yang kami lihat dari jauh tadi. Sangat cantik dan airnya sangat deras. Airnya sangat sejuk. Saya begitu teruja melihat air terjun yang sangat cantik ini. Pergunungan Dong Da Tang sangat sesuai menjadi kawasan pelancongan. Walaupun cuaca panas, angin sejuk yang bertiup dapat mendinginkan tubuh saya. Pemandangannya juga sangat cantik dengan hutan pokok ru yang memenuhi pergunungan ini. Ketika mendaki kami tidak berpeluh kerana angin sejuk ini mendinginkan kami. Mendaki tidak menjadi sukar kerana angin sejuk ini membuatkan kita sangat selesa ketika mendaki.
Tiba di kaki gunung kami dibawa menikmati hidangan tengah hari di rumah Ketua Etnik Kazak. Hidangannya sangat menyelerakan. Ada kambing yang dikukus, ada ayam dimasak sup dan pelbagai jenis sayur yang digoreng. Yang menangkap mata saya ialah roti bulat yang keras. Tetapi sangat sedap. Roti ini boleh dimakan dengan daging kambing dan sayur goreng. Kami juga dihidangkan dengan nasi yang digoreng bersama cili. Sangat sedap. Walaupun saya tidak pernah menikmati hidangan ini di Malaysia dan ini adalah kali pertama saya memakannya, saya suka dan sangat sedap. Kami juga dihidangkan dengan susu kambing panas. Sungguh menyelerakan. Saya sukakan Xinjiang. Saya suka Dong Da Tang dan saya suka makanan di sini. Sangat sedap dan menyelerakan.
Terima kasih udara sejuk Dong Da Tan.