Cari:
Catatan 2 Ogos 2013: Etnik Kazak Kaya Kesenian
2013-08-05 15:02:22 CRI Cetak

Etnik Kazak sangat kaya dengan kesenian dan kebudayaan. Mereka juga kreatif dan pandai dalam seni sulaman. Ketika berkunjung ke kawasan projek perumahan pertama yang dilaksanakan oleh kerajaan China, seorang wanita yang berusia 52 tahun, mendapat anugerah daripada kerajaan China dan antarabangsa kerana mahir dalam seni sulaman. Wanita ini menghasilkan sarung bantal, alas tempat duduk, karpet dan hiasan dinding yang disulam dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni yang sangat memukau pandangan mata. Saya juga membeli dua biji sarung bantal yang hanya berharga 40 yuan. Hasil sulaman sangat halus dan kemas serta berkualiti. Sangat cantik dan saya sangat berpuas hati dengan hasil tangan wanita ini. Kemahiran tangan yang dimiliki oleh wanita ini dikongsi bersama-sama generasi muda. Wanita itu juga mengajar dua orang wanita muda cara menyulam agar seni kraf tangan ini ada pewarisnya kelak. Saya sangat mengagumi seni tangan wanita Etnik Kazak. Sangat cantik.


1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China