Saya berasa gembira dapat datang ke Xinjiang. Pada pandangan peribadi saya, Xinjiang dibangunkan dengan kemodenan yang bertanggungjawab. Kenapa saya berkata begitu? Hal ini kerana Xinjiang masih mengekalkan hutan yang hijau walaupun dibina sebuah kilang kimia. Saya begitu kagum melihat kesungguhan pemerintah yang mengekalkan konsep industri hijau. Walaupun mempunyai kilang, masih diwujudkan taman hijau dan juga pokok-pokok di tanam di sekitar kilang. Wujudkan kawasan taman yang indah walaupun terdapatnya sebuah kilang industri. Sungguh unik dan mengagumkan. Pasti usaha ini memerlukan kerja keras.