Cari:
Catatan 7 Ogos 2013: Etnik Mongol Memiliki Suara Merdu
2013-08-12 12:24:01 CRI Cetak

Hari ini kami sungguh bertuah kerana telah dibawa ke kawasan padang rumput yang didiami oleh Etnik Mongol. Saya bersama-sama Pak Ismar peserta dari Indonesia dan Tarek Gabbas, dari Mesir sangat teruja apabila melihat Etnik Mongol sedang menanti kehadiran kami. Ketika tiba di kawasan etnik monggol, kami mendengar suara nyanyian yang sungguh merdu. Itulah suara orang etnik monggol yang sedang menyanyikan lagu cheng, iaitu suara yang panjang.

Saya begitu terharu melihat Etnik Mongol yang sangat mengalu-alukan kedatangan kami ke kampung mereka. Kelihatan orang tua, muda, dewasa dan kanak-kanak yang memakai pakaian tradisional Etnik Mongol sambil menyanyikan lagu yang sangat istimewa menyambut kedatangan kami. Etnik Mongol kaya dengan tradisi yang diwarisi turun-temurun. Ketika menerima kedatangan kami, mereka mengadakan acara sambutan iaitu menyediakan kain "hatta" yang tertulis selamat datang semua berbahagia kepada semua tetamu yang hadir. Tetamu yang hadir menerima secawan "arak" yang dibuat sendiri dan sehelai kain yang disarungkan ke leher. Namun begitu, saya memohon maaf kerana tidak meminumnya. Saya tidak boleh minum arak kerana dalam ajaran Islam, arak itu haram diminum kerana memabukkan. Maka saya tidak meminumnya apabila diberikan kepada saya. Saya mohon berbanyak maaf.

Kami diarak ke pentas utama untuk melihat persembahan yang disediakan untuk menyambut kedatangan kami. Etnik Mongol mempunyai kelunakan suara dan kelincahan kaki dan tangan untuk menarikan tarian tradisional yang dimiliki oleh nenek moyang mereka.

Persembahan tarian Etnik Mongol yang terdiri daripada lelaki dan wanita membuka acara sambutan pada pagi itu. Kami begitu teruja melihat kelincahan penari wanita yang sangat cantik dan penari lelaki yang sangat kacak. Kemudian kami menyaksikan persembahan deklamasi sajak. Ketika lelaki itu mendeklamasi sajak, adanya muzik iringan yang melatari bacaan sajak tersebut. Kami terpesona dengan bacaan sajak yang menggunakan bahasa Etnik Mongol. Sungguhpun tidak memahaminya, tetapi persembahan lakonan yang mengiringi deklamasi sajak itu membuatkan kami memahami apa-apa yang dimaksudkan oleh pendeklamasi sajak tersebut.

Peserta Program "Xinjiang Dalam Lensaku" juga berpeluang menyaksikan persembahan teater Epik Jangger yang popular dalam Etnik Mongol. Mereka berpakaian tradisional ketika mempersembahkan epik popular itu. Kami terus dihiburkan dengan tarian oleh kanak-kanak perempuan sekolah rendah yang sangat comel. Tarian lincah mereka membuatkan kami terhibur walaupun cuaca sangat panas.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China