Sehari berada di sini terasa seperti seketika. Kami sempat membeli barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh Etnik Mongol dan Etnik Kazak. Mereka mempersembahkan hasil kraf tangan untuk para tetamu. Saya sempat membeli karpet yang dihiasi sulaman tangan yang sangat cantik. Ini oleh-oleh untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Etnik Mongol sangat mahir memintal benang daripada bulu kambing biri-biri. Ketika kumpulan kami dijemput ke pesta ini, Etnik Mongol turut mempamerkan kepakaran mereka memintal benang dan menjahit karpet lantai. Saya sangat teruja dan kagum kerana mereka masih mengekalkan tradisi tradisional warisan mereka.
Ketika kami di sini, Etnik Kazak juga berada di padang rumput Etnik Mongol. Mereka turut menjual hasil kraf tangan mereka kepada semua pengunjung yang datang pada pesta hari ini.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Etnik Mongol yang sangat mesra dan memiliki suara yang sangat merdu dan makanan yang enak.