Cari:
Catatan 7 Ogos 2013: Etnik Mongol Memiliki Suara Merdu
2013-08-12 12:24:01 CRI Cetak

Selain pandai menyanyi dan menari, Etnik Mongol juga pandai bermain alat muzik. Alat muzik yang seperti kepala kuda itu menyerupai tombula (Etnik Kazak) dan gitar. Apabila mereka memetiknya, bunyi yang indah dan segar di perdengarkan kepada kami. Kami begitu mengagumi kebolehan Etnik Mongol yang luar biasa yang hebat. Mereka tahu pelbagai kesenian dan kebudayaan. Saya amat suka berada di Xinjiang. Pelbagai kesenian dan kebudayaan etnik yang diwarisi.

Etnik Monggol walaupun mengamalkan tradisi nenek moyang, tetap menerima perubahan zaman. Oleh sebab mereka memiliki suara yang sangat merdu dan lunak, sekumpulan anak muda menubuhkan sebuah kumpulan muzik. Mereka menyanyikan lagu dalam bahasa Etnik Mongol. Lima orang anak muda yang kacak ini menubuhkan kumpulan muzik dan menyanyikan lagu dalam bahasa Etnik Mongol agar masyarakat di Xinjiang dan seluruh negeri China dapat mendengar bahasa Etnik Monggol menerusi lagu. Walaupun kami tidak dapat memahami maksudnya, melaui melodi yang merdu, kami dalam merasai keindahan lagu tersebut.

Mereka juga mempersembahkan semula lagu cheng yang dibarisi penyanyi pelbagai peringkat umur. Sejak kecil lagi, anak-anak Etnik Mongol diajar menyanyikan lagu seperti bunyi besi keluli. Menurut Pegawai Radio Antarabangsa China (CRI), bunyi yang dikeluarkan itu seperti bunyi besi.

Pada tengah hari itu, kami dihidangkan makanan yang enak oleh Etnik Mongol. Mereka menghidangkan kami daging kambing dan juga minuman daripada susu kuda. Etnik Mongol juga sangat sukakan daging kambing. Mereka menggembala kambing dan lembu untuk daging, manakala kuda untuk susu dan digunakan sebagai kenderaan.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China