Selesai majlis keagamaan, kami dibawa ke pusat komuniti Etnik Da Wo Er. Sejarah perpindahan Etnik Da Wo Er ini dipaparkan di sini. Sebuah tugu peringatan didirikan menandakan kedatangan Etnik Da Wo Er di daerah ini sejak tahun 1763 lagi. Mereka mahu generasi muda tahu asal usul yang diwarisi mereka sejak dahulu lagi.