Kami terpesona kerana sejak kecil lagi kanak-kanak Etnik Da Wo Er diajar menari dan menyanyi. Kelincahan gerakan tarian yang dipersembahkan mengakhiri perjalanan peserta Xinjiang Dalam Lensa pada hari ini. Kami juga terpesona dengan seorang kanak-kanak dalam kumpulan ini yang berusia tiga tahun. Sungguh pandai bergaya apabila lensa kamera mengarah pada wajahnya. Sungguh comel.