Menyusuri tiga aras Sungai Peach
Dalam leka dek keasyikan pemandangan sambil mengusuri pelbagai reka bentuk jambatan yang mewakili etnik minoriti di Guilin, sesuatu yang lebih menarik hati penulis ialah perjalanan itu akan melalui tiga paras sungai berbeza-beza ketinggiannya.
Saat bot mula memasuki zon khas, pintu pertama akan mula tertutup bagi membolehkan aras air ditingkatkan sebelum pintu kedua pula dibuka bagi meneruskan perjalanan.
Keseluruhan perjalanan yang mengambil masa lebih sejam itu pada dasarnya akan membawa penumpang melalui aras air yang ketinggian keseluruhannya sebanyak 3.6 meter.
Perjalanan dari Xiangbishan ke Sungai Taohua (bunga peach) nyata sesuatu yang cukup menghiburkan.