Cari:
Guilin Bandar Cahaya (oleh Fairuz dari Berita Harian)
2013-10-23 13:57:11 CRI Cetak

Bertemu Penduduk Islam

Sesuai dengan objektif kunjungan iaitu Kembara Muslim ke China, kami turut berkesempatan melawat ke perkampungan Muslim di Jalan Ma Ping.

Difahamkan yang penduduk Islam di situ mula mendiami kawasan berkenaan sejak zaman Dinasti Sung.

Meskipun masyarakat Islam di situ adalah etnik minoriti, ia bukanlah suatu halangan buat mereka untuk saling hidup aman dan damai.

Ibarat kata pepatah 'bulan jatuh ke riba', sempat juga kami berkenalan dengan dua orang Muslim, Bai Feng Yun, 90, dan Chang Fung, 83.

Terpancar sinar ceria pada wajah kedua warga emas itu saat disapa media Malaysia dan Indonesia. Menceritakan sedikit sebanyak kehidupan mereka, nyata bagi Yun dan Fung, bukanlah suatu masalah bergelar Muslim di Guilin.


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China