Pesta Cahaya
Sesuatu yang cukup mengujakan penulis dan mungkin kebanyakan pelancong di Guilin ialah keindahan pemandangan bandar ini pada waktu malam.
Ibarat pesta cahaya, hampir di sekeliling ruang di bandar ini khususnya di kawasan tasik diterangi lampu neon. Sama ada lampu menghiasi bangunan pejabat dan hotel, cahaya terang benderang juga menambah seri jambatan dan tepian tasik sekali gus memancarkan pesona malam bandar Guilin.
Sambil leka dibuai pesona lampu neon, perjalanan dengan bot juga membawa kepada beberapa pertunjukan kebudayaan dan kesenian diiringi muzik tradisional. Ternyata usaha yang dilakukan pihak berkuasa Guilin benar-benar memberi pengalaman baru buat pelancong di bandar itu.
Sebelum pulang ke bilik penginapan iaitu di Hotel Guilin Bravo, sempat juga rombongan media di bawa ke pasar malam Guilin untuk memberi sedikit cenderamata. Hari kedua terus menjanjikan kepuasan yang tidak terperi kepada penulis!