Makan di atas Kapal
Penulis yang baru pertama kali menjejakkan kaki di bandar Guilin dan ke Yangshuo amnya sekali lagi berasa kagum dengan kelibat ramai pelancong yang menaiki kapal persiaran.
Umpama deretan bas ekspres yang melalui lebuh raya, begitulah situasi yang dapat digambarkan untuk menceritakan betapa rancak dan hangatnya sambutan pelancong yang memilih untuk menaiki perkhidmatan kapal persiar itu.
Dengan kadar bayaran kira-kira 250 Yuan seorang, pelancong juga berpeluang menjamu selera hidangan buffet di atas kapal.
Bagi pelancong Muslim, hidangan makanan halal turut disediakan bergantung kepada permintaan.