Cari:
Lukisan Alam Sungai Lijiang & Makan di atas Kapal (oleh Fairuz dari Berita Harian)
2013-10-24 10:39:19 CRI Cetak

Persembahan Air Terbaik Dunia

Sebaik makan malam, kami perlu bergegas pula untuk menyaksikan persembahan "Impression Liu Sanjie" (Yin Xiang Liu Sanjie) di Yangshuo.

Masih berteraskan elemen air dan cahaya, bagaimanapun kali ini penonton hanya perlu menyaksikan persembahan air di tepi sungai di mana terdapat kerusi yang disusun teratur.

Mampu menarik ribuan pengunjung setiap hari, maka tidak hairan yang persembahan kebudayaan dan kesenian air itu paling dinantikan pelancong!

Sesuatu yang pasti meninggalkan kesa

n penuh mendalam dalam diri penonton tentu sekali kerana skala barisan penari yang mengiringi persembahan.

Menggunakan lebih 1,000 pelakon, penulis difahamkan yang sebanyak lima kampung sekitar mewakili pelbagai etnik minoriti disatukan dalam sebuah persembahan besar sebegitu.

Malah apabila menyentuh dengan hasil persembahan penuh berseni dan kreatif, ia sebenarnya adalah individu sama yang bertanggungjawab mereka dan mencipta koreografi Sukan Olimpik Beijing 2008 yang lalu.

Sungguhpun secara jujur penulis tidak mengetahui bahasa yang dituturkan sepanjang persembahan berlangsung tetapi benarlah kata orang betapa muzik serta kesenian tetap menyatukan manusia sejagat. Begitulah nikmat sebenar yang turut membuatkan setiap penonton setia hingga ke akhir persembahan.

Penulis difahamkan juga yang konsep persembahan sama bakal dipentaskan di Malaysia di mana barisan pengarah yang sama dipertanggungjawabkan untuk mencipta magis bagi memberi impak besar dari segi seni persembahan, kesan visual dan bunyian di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah pada tahun depan.

Habis saja persembahan malam itu, rombongan kembali semula ke hotel penginapan kami di Hotel Bravo Guilin.


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China