Cari:
Lukisan Alam Sungai Lijiang & Makan di atas Kapal (oleh Fairuz dari Berita Harian)
2013-10-24 10:39:19 CRI Cetak

Jalan Barat Yangshuo menarik ramai pelancong asing

Yangshuo Mesra Pelancong

Ibarat jatuh cinta pandang pertama, begitulah yang penulis rasakan saat pertama kali menjejakkan kaki di bandar Yangshuo.

Deretan kedai dengan seni bina persis di Eropah membuatkan bandar ini cukup digemari pelancong luar negara. Tidak hairan mengapa penduduk tempatan termasuk penjual cukup ramah dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Terkejut juga penulis apabila ada di kalangan jurujual yang menggunakan beberapa patah perkataan dalam bahasa Melayu seperti 'beli' dan 'murah'!

Terdapat juga bazar jualan yang memberi peluang buat pelacong mendapat pelbagai barangan dihajati. Andai bijak tawar-menawar, untung-untung boleh mendapatkan harga dengan cukup murah dan berbaloi.

Sebelum menanti aktiviti malam hari, petang itu, rombongan turut singgah ke sebuah bukit aneh berlubang dikenali sebagai Bukit Bulan. Memang seakan-akan bulan di balik bukit, struktur semula jadi bukit menjadikan ia suatu tempat menarik untuk dikunjungi.

Pada masa yang sama, kami sempat juga melawat pokok banyan tertua yang berusia lebih 1000 tahun yang masih tersergam indah.


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China