Cari:
Malaysia Catat RM158.24 Juta Pada CAEXPO 2013
2013-09-09 11:03:30 CRI Cetak

PM China Li Keqiang melawat Pavilion Malaysia.

Menurut laporan BERNAMA, Malaysia telah mencatatkan jualan sebanyak RM158.24 juta dalam Ekspo China-Asean(CAEXPO) 2013, meningkat 12 peratus berbanding tahun lalu. Demikian dikatakan oleh Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia(Matrade) di Guangzhou, Suresh Kumar dalam taklimat media selepas penutupan CAEXPO 2013.

Menurut Suresh, sektor kesihatan dan kesejahteraan mencatatkan jualan tertinggi, iaitu RM83.21 juta, diikuti oleh sektor makanan dan minuman (RM34.96 juta), perkhidmatan (RM24.93 juta), francais (RM5.5 juta), teknologi hijau (RM3.88 juta) dan gaya hidup, termasuk barang kemas dan pakaian (RM2.03 juta).

Beliau menjelaskan bahawa produk sarang burung mencatatkan jualan tertinggi iaitu RM70 juta, diikuti oleh hartanah sebanyak RM19 juta, minyak asli (RM8 juta), francais kopi (RM3.5 juta) dan rempah-ratus (RM3 juta).

Beliau berkata lagi, CAEXPO 2013 pada 3 hingga 6 September lalu, menarik ramai pembeli antarabangsa dari negara-negara Asean dan lain, meningkat sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya. CAEXPO 2013 menarik sejumlah 450 ahli perniagaan Malaysia dari 138 syarikat.

Lihat juga
berita lain
v CAEXPO ke-11 pada 19-22 September 2014 2013-09-06 14:58:01
v Kerjasama Bank Pusat China-ASEAN Berhasil 2013-09-05 16:20:50
v CAEXPO Penggalak CAFTA 2013-09-03 14:17:21
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China