Cari:
Presiden Xi Tiba di Bali
2013-10-06 13:20:18 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan tiba di Bali, Indonesia pada pukul 5:15 petang semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-21 selepas lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.

Ketibaan Presiden Xi disambut oleh Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Mari Elka Pangestu dan Gabenor Bali, Dewa Made Beratha.

Dalam tempoh lawatan di Bali, Presiden Xi akan menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC dan majlis penutupan Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC. Beliau juga dijadualkan menghadiri dialog pemimpin APEC dengan wakil Majlis Penasihat Perniagaan (ABAC) serta mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin beberapa anggota APEC.

Ketika berlepas ke Bali, Menteri Luar Malaysia, Dato' Seri Anifah Aman dan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam telah menghantar beliau di lapangan terbang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China