Presiden China, Xi Jinping yang dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi.
Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan bilateral, usaha menggalakkan hubungan China-ASEAN serta isu-isu penting serantau dan antarabangsa yang lain.
Presiden Xi dan Dato' Seri Najib akan menyaksikan penandatanganan siri dokumen kerjasama bilateral serta mengadakan sidang media bersama selepas pertemuan tersebut.