Ekonomi China amat penting bagi rantau Asia-Pasifik malah seluruh dunia. Ini terbukti dengan perananya sebagai rakan dagang yang penting di rantau Asia-Pasifik.
Menteri Kewangan Indonesia, Muhammad Chatib Basri berkata demikian dalam Sidang Kemuncak Industri dan Perdagangan APEC semalam.
Menurutnya, China merupakan rakan dagang yang terbesar bagi Indonesia. Jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak mencecah USD 66.2 bilion pada tahun yang lalu, iaitu meningkat empat kali ganda berbanding dengan tahun 2004. Sementara itu, China menjadi salah satu sumber pelancong terbesar bagi Indonesia.