Naib Pengerusi Dewan Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Yu Ping hari ini berkata, China menjadi fokus dalam Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Bali, Indonesia tahun ini. Menurutnya, 200 orang daripada 1,200 orang usahawan yang menghadiri sidang kemuncak ini adalah dari China. Pertumbuhan ekonomi China dan Zon Perdagangan Bebas Shanghai merupakan topik yang hangat bagi para hadirin. Selain itu, pelbagai entiti ekonomi amat menantikan persidangan APEC yang akan diadakan di China pada tahun hadapan.