Cari:
Tindakan Bersama Tentera Laut dan Udara China Cari MH370
2014-04-15 12:17:27 CRI Cetak

Tentera Laut dan Udara China buat kali pertama menjalankan operasi bersama mencari pesawat MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi semalam.

Pada pagi semalam, ketika jet tentera udara China memasuki ruang udara berkenaan untuk menjalankan misi mencari, kapal Jinggangshan dari tentera laut China juga menjalankan misi di kawasan yang sama.

Pegawai daripada Pusat Penyelarasan SAR Australia, Angus Houston menyatakan semalam bahawa oleh sebab bateri kotak hitam pesawat MH370 telah habis dari segi teori dan sudah enam hari tidak mengesan sebarang isyarat, kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 akan digunakan secepat mungkin. Selain itu, menurut juruteknik tentara laut A.S., alat itu akan digunakan pukul 5.00 petang semalam waktu Beijing.

Houston menambah, sekarang semua negara yang menyertai SAR masih meneruskan misi mereka dan tidak ada negara yang berundur daripada tindakan itu.

Lihat juga
berita lain
v China Selaras Usaha Operasi SAR 2014-04-14 13:52:49
v MH370: Tiada Bukti Sahih Ditemui 2014-04-13 17:13:27
v Presiden Xi: Usaha Cari MH370 akan Diteruskan 2014-04-12 14:36:59
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China