Cari:
China Selaras Usaha Operasi SAR
2014-04-14 13:52:49 CRI Cetak

Kerja mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS yang hilang diteruskan di selatan Lautan Hindi semalam. Sejak menerima isyarat akustik yang dipercayai daripada kotak hitam pesawat MH370 pada minggu lalu, semalam merupakan hari kelima berturut-turut isyarat itu tidak diterima lagi. Sama ada bateri kotak hitam sudah habis atau tidak dan bila misi pencarian di dasar laut bermula menjadi tumpuan pelbagai pihak.

Pihak Australia semalam telah mengumumkan operasi SAR terbaru di kawasan seluas 57,506 kilometer persegi di sebelah barat laut Perth, yang melibatkan 12 buah pesawat dan 14 buah kapal. Kawasan yang baharu ditetapkan itu lebih luas berbanding dengan kawasan pada 12 April lalu. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama(JACC) Australia menyatakan bahawa masih belum terdapat sebarang isyarat sahih daripada MH370 dalam tempoh 24 jam lalu. Misi utama sekarang tetap komited pengecilan kawasan pencarian supaya tindakan pencarian di dasar laut boleh dijalankan dengan mudah.

Armada Tentera Laut China telah mengaturkan semula kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi. Pengaturan itu dijalankan menurut penyelarasan tindakan pelbagai negara untuk meningkatkan tindakan SAR secara fleksibel.

Tentang bila tindakan pencarian di dasar laut akan dimulakan, menurut prosedur kerja pihak Australia, pakar daripada kapal Ocean Shield akan membincangkan hal itu selepas mengenalpasti baterik kotak hitam sudah habis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China