Kapal ketujuh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Auxiliary Bunga Emas Enam (BM6) semalam dikerahkan ke Perth Australia untuk bekerjasama dengan kapal tentera yang dihantar ke perairan di selatan Lautan Hindi sebelum ini bagi memperhebat operasi mencari pesawat MH370 yang hilang.
Panglima Pemerintah Bantuan, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli memaklumkan, kapal tersebut yang membawa 25 orang anggota tentera, dua pegawai dan anggota pasukan perubatan daripada Tentera Darat akan menjalankan operasi mencari selama tiga bulan.
Menurut Roslan, di samping menyertai operasi mencari, kapal itu akan membawa pelbagai kemudahan dan bahan makanan kepada kapal tentera Malaysia lain yang menjalankan operasi di kawasan tersebut.