Pelbagai negara meneruskan operasi mencari pesawat MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi semalam. Misi utama sekarang diubah menjadi pencarian dalam air. Kenderaan dalam air automatik Bluefin-21 yang digunakan buat pertama kali semalam tidak mengesan sebarang isyarat.
Ketika sampai ke kawasan yang dalamnya melebihi 4,500 meter, kunci perlindungan kenderaan dalam air Bluefin-21 terbuka secara automatik menyebabkan misi pencarian itu berakhir dengan lebih awal dan terpaksa kembali ke permukaan air. Pada malam tadi, kenderaan ini dimasukkan lagi ke dalam air untuk menjalankan misi pencarian.
Pada hari ini, sebanyak 14 buah pesawat dan 11 buah kapal akan menjalankan operasi pencarian di kawasan seluas 55,151 kilometer persegi yang berjarak 2087 kilometer dari sebelah barat laut Perth.