Cari:
Bluefin-21 Mulakan Misi Pencarian Kali Ketuju
2014-04-19 14:31:41 CRI Cetak

Berdasarkan kenyataan Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) Australia pagi tadi, kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 yang bertugas melaksanakn operasi pencarian pesawat MH370 MAS yang hilang di bawah permukaan laut telah memulakan misi buat kali ketuju.

Sebelum ini, Bluefin-21 telah melaksanakan misi di kawasan perairan seluas kira-kira 133 kilometer persegi. Menurut JACC, data-data yang diperoleh dalam misi keenam sedang dianalisis, dan masih belum ada sebarang penemuan setakat ini.

Sebanyak 11 buah pesawat tentera dan 12 buah kapal juga turut menyertai operasi mencari pada hari ini. Sebuah pesawat pengangkutan jenis Il-76 milik China paling awal bertolak untuk menjalankan misi mencari hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China