Cari:
China Bantu Thailand Latih Pekerja Kereta Api Laju
2015-11-26 13:56:26 CRI Cetak

Presiden Industri dan Komuniti Banphai Thailand, Mr.Junyar Pabu semalam berkata, pihaknya berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan institut vokasional di China untuk melatih tenaga kerja vokasional negara itu mengenai sistem kereta api.

Menurut beliau, pembinaan dan operasi landasan kereta api Bangkok-Nong Khai dan Bangkok-Rayong dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang memerlukan 20 ribu orang tenaga kerja vokasional.

Lima sekolah vokasional Thailand telah menandatangani perjanjian dengan Institut Teknologi Vokasional Kereta Api Liuzhou China.

Kumpulan pertama pelajar Thailand akan tiba di China untuk mengikuti pengajian pada musim bunga tahun hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China