Kedutaan besar China di Thailand hari ini mengumumkan, China tidak menyertai kajian dan kerjasama yang konkrit berkaitan projek Terusan Kra setakat ini. Laporan tentang China dan Thailand menandatangani memorandum kerjasama projek Terusan Kra di Guangzhou adalah tidak benar.
Laporan yang disebarkan beberapa hari lalu itu, sering disebut-sebut dalam internet. Projek berkenaan dikatakan untuk menggali sebatang terusan di Segenting Kra bagi menghubungkan Teluk Thailand dan Laut Andaman, yang membolehkan kapal-kapal memasuki Lautan Pasifik menerusi Lautan Hindi, tanpa perlu melalui Selat Melaka.