Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha, ditemui Meng Jianzhu, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC)yang selaku utusan khas Presiden China, Xi Jinping di Bangkok semalam.
Meng telah menyampaikan salam daripada Presiden Xi kepada Prayuth. Menurut beliau, hubungan antara China dengan Thailand amat rapat. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. China bersedia untuk meneruskan budaya saling mengunjungi di peringkat tinggi dan meningkatkan dialog strategik dengan Thailand serta memperkasakan kerjasama dalam pembinaan landasan kereta api, ekonomi, perdagangan, sumber tenaga dan pendidikan.
Prayuth pula mengucapkan terima kasih atas sokongan China terhadap pembaharuan dan pembangunan Thailand. Menurut beliau, Thailand akan menyertai secara aktif rancangan "satu jalur, satu laluan" yang dikemukakan oleh China.