Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan ditemui Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Prawit Wongsuwon di Beijing semalam. Kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan mengenai hubungan pasukan tentera serta kerjasama serantau dalam bidang keselamatan.
Chang berkata, China dan Thailand merupakan sahabat yang berjiran. Hubungan kerjasama rakan strategi komprehensif dengan Thailand tetap penting dalam dasar luar China. Pertukaran dan kerjasama dalam bidang ketenteraan telah memainkan peranan yang penting bagi pembangunan yang sihat dan stabil kedua-dua negara. Pasukan tentera kedua-dua negara perlu berusaha untuk memperluas bidang kerjasama pragmatik dan memberikan sumbangan bagi pembinaan Satu Jalur Satu Laluan.
Prawit pula berkata, lawatan beliau ke China kali ini berperanan penting. Pihaknya memberikan perhatian yang tinggi tentang hubungan ketenteraan dengan China dan bersedia untuk memperkasakan kerjasama pragmatik dalam bidang keselamatan dan pertahanan.