Persatuan Nasional Ejen-Ejen Pelancongan Singapura (NATAS) baru-baru ini mempromosi sumber pelancongan negara itu kepada penduduk Tianjin dan menandatangani perjanjian dengan Syarikat Perkhidmatan Perdagangan dan Pelancongan Antarabangsa China Tianjin (CITTS) untuk menjalin perkongsian kerjasama strategik.
Langkah tersebut bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara Singapura dengan Tianjin dalam bidang pelancongan.
Lapan agensi pelancongan Singapura bekerjasama dengan agensi pelancongan China untuk menyediakan pakej yang unik kepada pelancong China.
Menurut NATAS, penerbangan langsung antara Singapura dengan Tianjin agak memudahkan pelancong. Projek peluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi juga akan meningkatkan daya Singapura untuk menerima pelancong.