Cari:
Air China Wujudkan Penerbangan Singapura-Yinchuan
2015-10-27 14:39:00 CRI Cetak

Air China merasmikan penerbangan Singapura-Chengdu-Yinchuan pada 25 Oktober yang lalu. Pengurus Besar Air China cawangan Singapura, Wang Zhiyong menyatakan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura. Kedua-dua negara menaiktarafkan hubungan ekonomi dan perdagangan. Singapura giat menyertai pembangunan di bahagian barat China serta Satu Jalur Satu Laluan (OBAOR). Projek kerjasama ketiga terbesar antara kedua-dua negara akan mula dibina di bahagian barat China. Projek itu akan mewujudkan kesalinghubungan dan sektor perkhidmatan moden antara Singapura dengan barat China. Laluan penerbangan tersebut dilihat boleh membantu memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan serta kesalinghubungan antara Singapura dengan Wilayah Autonomi Ningxia malah seluruh barat China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China