China dan Singapura menjadi sahabat yang berjiran dan rakan kerjasama yang penting.
Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika ditemui Presiden Singapura, Tan Keng Yam di Beijing petang semalam. Menurutnya, ASEAN diutamakan dalam hubungan luar China yang menyokong pembinaan komuniti politik dan keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya ASEAN. Singapura akan mengambil alih jawatan sebagai negara penyelaras hubungan China-ASEAN. China bersedia bersama-sama Singapura memperkasakan hubungan rakan strategi China-ASEAN serta memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.
Tan Keng Yam pula berkata, hubungan antara Singapura dengan China berkembang dengan sihat dan amat berhasil sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 25 tahun yang lalu. Pihaknya bersedia memainkan peranan yang positif untuk meningkatkan hubungan ASEAN-China.