Cari:
Tingkatkan Hubungan China-Singapura
2015-07-04 15:38:12 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui rakan sejawatnya dari Singapura, Tan Keng Yam semalam. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menimba pengalaman, merancang masa depan, meningkatkan kepercayaan politik, memperkasakan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan kewangan, memperluas pertukaran dan kerjasama kemanusiaan agar meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap baharu.

Presiden Xi berkata, sempena ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura, kedua-dua pihak perlu meningkatkan komunikasi strategi. China bersedia mengadakan perbincangan mengenai penaiktarafan perjanjian perdagangan bebas China-Singapura. Selain itu, pihaknya memberikan perhatian yang tinggi dan menyokong projek Singapura di bahagian barat China. Beliau berharap projek-projek tersebut menjadi teladan dalam pelaksanaan Satu Jalur Satu Laluan, pembangunan barat dan zon ekonomi Sungai Yangtze.

Tan Keng Yam pula berkata, China menjadi anggota penting dalam masyarakat antarabangsa dan entiti ekonomi kedua terbesar di dunia. Pihaknya bersedia meningkatkan kepercayaan dan saling menguntungkan antara China dengan negara-negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China