Cari:
Jamuan Sempena Hari Kebangsaan China di Singapura
2015-09-23 15:03:03 CRI Cetak

Jamuan sempena memperingati ulang tahun ke-66 penubuhan Republik Rakyat China (PRC) diadakan di Kedutaan Besar China di Singapura malam tadi. Pegawai kanan, usahawan, media dan kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat Singapura, pekerja syarikat China di Singapura, perantau China dan kaum Cina menghadiri jamuan tersebut.

Duta Besar China ke Singapura, Chen Xiaodong berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura.

Kedua-dua negara telah mencapai kejayaan dalam pertukaran bilateral dan kerjasama dalam pelbagai bidang. Pada awal bulan Julai yang lalu, Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam telah mengadakan lawatan ke China dan mencapai kata sepakat yang signifikan dengan rakan sejawatnya, Xi Jinping dalam memperkasakan hubungan kedua-dua negara.

Pada setengah tahun pertama tahun ini, jumlah pelaburan Singapura ke China meningkat 4.4 peratus.

Terpilihnya Singapura baru-baru ini sebagai negara penyelaras China-ASEAN dipercayai akan membantu memperkasakan hubungan kedua-dua negara serta kerjasama di rantau Asia Timur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China