Cari:
China: Tuduhan Filipina Seperti "Udang di Balik Batu"
2016-01-20 15:25:21 CRI Cetak

Pegawai Jabatan Penerbangan Awam Filipina berkata pada 18 Januari yang lalu, pesawat komersialnya menerima amaran ketika dalam perjalanan ke Pulau Zhongye.

Pihak China juga telah mengusir pesawat komersial dan pesawat tentera yang melalui kawasan perairan kepulauan Nansha tersebut.

Kebebasan penerbangan di kawasan itu telah terjejas.

Bagaimanapun, Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam berkata, tuduhan Filipina yang disifatkanya seperti "udang di balik batu" tersebut tidak berasas.

Tipu muslihat yang semakin meruncingkan situasi itu tidak akan berjaya.

Di samping itu, Jabatan Penerbangan Awam Filipina mengumumkan, pihaknya akan membina sistem pengesan satelit penerbangan awam di Pulau Zhongye, namun Beijing menyatakan bahawa sebarang projek yang dijalankan oleh Filipina di wilayah China yang didudukinya adalah tidak sah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China