Cari:
Filipina Sediakan Pangkalan Tentera untuk AS
2016-02-05 16:31:52 CRI Cetak

Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin semalam memaklumkan pihaknya akan menyediakan lapan pangkalan tentera untuk dipilih pasukan tentera Amerika Syarikat (AS).

Jawatankuasa Kerjasama Keselamatan Filipina-AS akan mengadakan mesyuarat pada suku pertama tahun ini bagi menetapkan lokasi pangkalan tentera yang akan digunakan oleh AS berdasarkan Perjanjian Kerjasama Pertahanan AS-Filipina.

Duta Besar AS ke Filipina, Philip Goldberg berkata, pihaknya tidak akan membina pangkalan tentera baharu di Filipina.

Segala kemudahan ketenteraan hanya akan dibina dalam pangkalan tentera Filipina berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China