Cari:
Rondaan Bersama di Sungai Mekong
2016-02-24 16:13:56 CRI Cetak

Agensi penguatkuasa undang-undang dari China, Laos, Myanmar dan Thailand memulakan rondaan bersama kali ke-43 di Sungai Mekong pagi semalam.

Rondaan kali ini bertujuan untuk membanteras jenayah rentas sempadan seperti keganasan, penyeludupan, pengedaran dadah dan senjata serta pemerdagangan manusia bagi menjamin keselamatan dan kestabilan di kawasan perairan tersebut.

Sebelum ini, agensi penguatkuasa undang-undang keempat-empat negara tersebut telah mengadakan mesyuarat bersama untuk berkongsi maklumat dan menyusun pelan tindakan bagi memastikan operasi berkenaan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Operasi rondaan bersama di Sungai Mekong yang dilancarkan empat tahun lalu, terbukti amat berkesan demi memelihara keselamatan pengangkutan di kawasan perairan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China